Tuesday, January 4, 2011

UM CLASS TUTORIAL- CASE STUDIES 1

Buletin berita berikut telah dilaporkan dalam suatu surat khabar tempatan baru-baru ini. Ia berbunyi seperti berikut:

“UNIC, sebuah syarikat yang dipertugaskan untuk mengendalikan perkhidmatan bas di kampus UUM, menaikkan tambang pada 17hb Jan, 2009 dan mengenakan suatu peraturan baru yang tidak membenarkan pelajar-pelajar memindahkan baki kredit ke semester hadapan.Choo dan kawan-kawannya (pelajar-pelajar di UUM) berasa bahawa yuran-yuran baru itu adalah tidak munasabah. Mereka juga tidak puas hati bahawa UUM tidak meminta pandangan pelajar sebelum menandatangani perjanjian dengan UNIC.

Choo menganjurkan suatu petisyen secara online pada 12hb Jan, 2009 dan berjaya memungut sebanyak 509 tandatangan daripada kalangan pelajar-pelajar. Lebih ramai lagi mungkin turut serta jika mereka menyedari tentang kempen tersebut.

Seorang jurucakap untuk pelajar-pelajar tersebut mengatakan bahawa apabila kumpulan pelajar tersebut berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor UUM (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) pada 19hb Jan, 2009, beliau berjanji memenuhi beberapa desakan mereka.

Akan tetapi, Choo menerima sepucuk surat tunjuk sebab beberapa hari kemudian daripada lembaga tatatertib UUM, menuduh beliau kerana menganjurkan petisyen tersebut secara haram.”

Choo bingung atas tindakan tatatertib yang diambil oleh pihak universiti terhadapnya. Nasihatkan beliau dengan sewajarnya.

..........................................................................................................................................
The following news bulletin was reported in a local newspaper recently. It reads as follows:

“UNIC, the company in charge of the bus services in UUM, increased its fare on Jan 17th, 2009 and imposed a new rule that disallowed the students from transferring their remaining credit to the next semester.

Choo and his friends (who are students at UUM) felt that the new fees were unreasonable. They were also not pleased that UUM had not sought the students’ views before signing the agreement with UNIC.

Choo organised an online petition on Jan 12th, 2009 and managed to collect 509 signatures from among the UUM students. Many more could have joined in if they had been aware of the campaign.

A spokesman for the students said that when the group met the Deputy Vice-Chancellor (Students Affairs and Alumni) of UUM on Jan 19th, 2009, he promised to meet some of their demands.

However, Choo received a show cause letter a few days later from the UUM disciplinary board, charging him with organising the petition unlawfully.”

Choo is at a loss over the disciplinary action taken by the university against him. Advise him accordingly.

No comments:

Post a Comment